Saturday, September 4, 2010

Malam Lailatul Al-Qard

Bersungguh-sungguh pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan:
مَنْ يَقُمْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: Siapa bangun malam keagungan dengan keimanan dan pengharapan akan diampunkan untuknya dosanya yang terdahulu (1)

Di malam al-Qadr bacalah:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah aku.(2)

Tanda malam al-Qadar:
عَنْ زِرٍّ قَالَ سَمِعْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ يَقُولُ وَقِيلَ لَهُ إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ مَنْ قَامَ السَّنَةَ أَصَابَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَقَالَ أُبَيٌّ وَاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ إِنَّهَا لَفِي رَمَضَانَ يَحْلِفُ مَا يَسْتَثْنِي وَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا
Maksudnya: Daripada Zirr katanya ‘Aku mendengar Ubay bin Ka‘b berkata apabila dikatakan kepadanya bahawa Abdullah bin Mas‘ud berkata ‘Siapa bangun sepanjang tahun dia akan dapat malam keagungan.’ Ubay berkata ‘Demi Allah yang tiada tuhan yang hak selainnya, malam itu di dalam Ramadhan.’ Beliau bersumpah tanpa pengecualian. ‘Dan demi Allah, sesungguhnya aku tahu malam manakah ia. Ianya ialah malam yang Nabi s.a.w. perintahkan kami bangun padanya. Ianya ialah malam pagi 27. Tandanya ialah matahari terbit pada paginya putih tanpa cahaya silau.(3)



(1)
HR al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Qiyam Lailah al-Qadr Min al-Iman, No. 34.

(2)
HR Ibnu Majah. Kitab al-Du‘a, Bab al-Du‘a Bi al-‘Afw Wa al-‘Afiyah, No. 3840. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah, No. 3119.

(3)
HR Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha, Bab al-Targhib Fi Qiyam Ramadhan Wa Huwa al-Tarawih, No. 1272.

No comments:

Adsense One [468 x 60]

Adsense Three [468 x 60]

Popular View

Entri Populer