Wednesday, June 22, 2011

Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah

1.  PENGENALAN
1.1 Biodata Ibn Majah.
Nama sebenar Ibn Majah ialah, Abu Abdullah Muhammad b. Yazid b. cAbdullah b. Majah al-Rabiyy al-Quzwainiyy. Beliau dilahirkan di Qazwin pada tahun 209 H dan wafat pada tanggal 22 Ramadhan 273 H. Kuniyah beliau Abu cAbdullah, manakala laqob beliau adalah Imam Ibn Majah. Ibn Majah merupakan ulama hadith yang terkenal dengan kitab sunannya yang menjadi rujukan bersama kitab-kitab hadis yang lain. (Ibn Ahmad cAlimi 2002)




1.2Pengenalan Ringkas Sunan Ibn Majah.
Kitab karya Ibn Majah ini disusun menjadi kitab dan bab, yang terdiri daripada 32 kitab dan 1500 bab. Susunannya mengikut turutan bab-bab fekah. Kitab ini memuatkan sekitar lebih 4000 hadith. Hadith dalam kitab ini merangkumi hadith sahih, hasan, dacif, munkar dan maudhuc. (Ibn Ahmad cAlimi 2002)
            Berkaitan darjat kitab sunan Ibn Majah, sebahagian ulama sepakat bahawa kitab hadith yang utama adalah Kutubul Khamsah. Iaitu Sahih al-Bukhariyy, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasai dan Sunan al-Tirmizi, mereka tidak menyenaraikan kitab Sunan Ibn Majah kerana darjatnya lebih rendah. Walaubagaimanapun ada sebagian ulama memasukkan sunan Ibn Majah kedalam urutan kutubul sittah. Ulama pertama yang memasukkan Sunan Ibn Majah ke dalam  Kutubul sittah adalah al-Hafiz Abdul Fadli Muhammad bin Tahrir al-Maqdisi (wafat 507 H) dalam kitabnya Atraf al-Kutub al-Sittah.  (Ibn Ahmad cAlimi 2002)


2.                                                     KITAB SYARAH SUNAN IBN MAJAH

Nama

Syeikh al-Hafiz Syihab al-Din Abu al-cAbbas Ahmad bin Abi Bakr Ibn Ismail bin Salim bin Qayamaz bin cUthman bin cUmar al-Busiri al-Kinani. 
Laqab 
Syihab al-Din
Kunyah
Abu al-cAbbas
Nisbah
al-Kinani, al-Busiri, al-Qahiri, al-Syafice
Kelahiran
Muharram 762 H
Wafat 
Muharram 840 H
Guru-guru
1.      cUmar bin Syeikh cIsa, cAli bin Ahmad bin Abi Bakr,
2.      cAbdullah al-Nur al-Adami, al-Badr al-Qudsi,
3.      cAz al-Din Abu cUmar cAbdul cAziz bin Badr al-Din al-Macruf Ibn Jamaah,
4.      al-Attaqi Ibn Hatam, Ibrahim bin Ahmad bin cAbdul al-Wahab al-Tanuhi, al-Burhan al-Syami.
Murid
Imam al-Busiri telah diakui bahawa beliau adalah muhaddith yang tidak ramai anak murid. Walau bagaimanapun, antara anak muridnya yang paling masyhur ialah Ibn Fahdun. Hal ini telah diberitakan oleh al-Sakhawi.
Karya-karya
1.      Zawaid Sunan Ibn Majah cAla al-Kitab,
2.      Zawaid Sunan Kubra li al-Baihaqi,
3.      Ittihaf al-Mahrat al-Khairah bi Zawaid al-Masanid al-cAsyarah
PENGENALAN KITAB
Nama Kitab   
Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah
Pengarang
Syeikh al-Hafiz Syihab al-Din Abu al-cAbbas Ahmad bin Abi Bakr Ibn Ismail bin Salim bin Qayamaz bin cUthman bin cUmar al-Busiri al-Kinani. 
Terbitan
Dar al-Jinan
Tahun
1986M
Kandungan
3 Jilid yang terdiri daripada 7 Kitab (Bermula dengan Kitab Itbac al-Sunnah  sehingga Kitab al-Janaiz)
Ukuran
Panjang (24.5 cm), Lebar (17.3 cm), Tebal (2.9 cm)
Warna Kulit
Merah dan Hitam



















Ciri-ciri
  1. Tulisan dan corak di muka depan berwarna kuning keemasan
  2. Bersaiz sederhana
  3. Berkulit tebal
  4. Sumber Rujukan : Sunan Ibn Majah
  5. Membahaskan hadith-hadith tambahan (Zawaid) di dalam Sunan Ibn Majah yang tidak terdapat dalam Kutub al-Khamsah serta menunjukkan darjat hadis itu sama ada sahih, hasan, dacif ataupun maudhuc.
  6. Menggunakan  Khat Nasakh
  7. Terdapat 279 bilangan bab
KANDUNGAN KITAB
Kitab ini mempunyai tiga jilid. Susunan isi kandungan disenaraikan mengikut kitab-kitab dan bab-bab. Ditulis Basmallah disetiap permulaan pada setiap jilid. al-Imam al-Busiri menulis ziadah (tambahan) hadith di dalam Sunan Ibn Majah yang tidak terdapat di dalam kitabul khamsah (Sahih Bukhariyy, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan Nasai dan Sunan Tirmidzi) sebanyak 1552 hadits di dalam kitabnya Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah serta menunjukkan derajat sahih, hasan, dacif maupun maudhuc. Oleh karena itu, penelitian terhadap hadith-hadith di dalamnya amat dan penting.
Jilid 1
1.      Kitab Itbac al-Sunnah
2.      Kitab Taharah wa Sunaniha
3.      Kitab Mawaqic al-Solah
4.      Kitab Adha
Jilid 2
1.      Kitab Abwab Binac al-Masjid
2.      Kitab Iqamah al-Solah wa al-Sunan fiha
Jilid 3
  1. Kitab al-Janaiz
Metodologi Kitab

1.      Terang, jelas dan mudah dibaca
2.      Menceritakan perihal pengarang di awal isi kitab sebagai permulaan.
3.      Terdapat indeks, nota kaki dan sumber rujukan.
(Rujuk Lampiran 1)
4.      Setiap tajuk-tajuk, bab-bab dan fasal-fasal dihitamkan untuk memudahkan pembaca.(Rujuk Lampiran 2)
5.      Hadith-hadith dinyatakan kedudukan atau darjatnya sama ada sahih, hasan, dacif dan maudhuc. (Rujuk Lampiran 2)
6.      Diletakkan nama kitab pada bahagian atas setiap helaian muka surat yang terkandung di dalam bab-bab kitab tersebut.












7.      Pengakhiran setiap jilid dimuatkan isi kandungan mengikut kitab dan tajuk kecuali Jilid 1.
Keistimewaan Kitab

1.      Mempunyai kulit depan dan belakang yang keras dan berkualiti.
2.      Menyatakan status hadis. (Rujuk Lampiran 2)
3.      Terdapat latar belakang  pengarang yang panjang di awal juzu’ pertama.






4.      Tulisan yang mudah dibaca dan jelas.
Mempunyai nota kaki yang terperinci. (Rujuk Lampiran 1)
5.      Meletakkan nama kitab di atas setiap helaian muka surat.









3          KESIMPULAN
Imam Ibn Majah merupakan seorang ulama hadith yang terkenal dan disegani oleh setiap ulama hadith dunia kerana kitabnya menjadi rujukan dan tersenarai dalam kutubul sittah. Oleh yang demikian al-Busiri mensyarahkan kitab sunan Ibnu Majah dengan mendatangkan hukum keatas hadith-hadith tambahan yang terdapat dalam sunan Ibnu Majah. Sangat besar sumbangan al-Busiri dalam memastikan hadith-hadith yang terdapat dalam sunan Ibn Majah dinilai samaada sahih, dacif atau maudhuc. Sehubungan dengan itu kitab Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah ini perlu dipelajari sebaik mungkin dalam memahami kitab sunan Ibn Majah.






















RUJUKAN
Ibn Ahmad cAlimi. 2002. Tokoh dan Ulama Hadith. Jakarta. Kelompok MASmedia Buana Pustaka.













                                    

















Lampiran 1




























                                                                                                 







Lampiran 2






No comments:

Adsense One [468 x 60]

Adsense Three [468 x 60]

Popular View

Entri Populer