Sunday, November 28, 2010

Quran 22 in 1




Setelah BERJAYA dengan Syaamil Al-Quran The Miracle 15 in 1, kini penerbit Sygma Publishing Group tengah mempersiapkan kelahiran produk baru yang diberi labelMiracle The Reference 22 in 1 yang merupakan penyempurnaan dari produk sebelumnya, The Miracle 15 in 1.

Secara menyeluruh,terdapat 22 manfaat yang dapat diambil dalam 1 AL-Qur’an, Iaitu:
1. Terjemah Tafsiriyah Per Kata
2. Keyword (Bloking ayat sebagai pembahasan)
3. Sistem Pewarnaan Tajwid
4. Panduan Hukum Tajwid
5. Terjemah Kementrian Agama RI
6. Munasabah Ayat dan Surah
7. Tafsir Ath-Thabari
8. Tafsir Ibnu Katsir
9. Hadits sahih
10. Doa dan Zikir
11. Kosakata
12. Asbabunnuzul
13. Doa Dalam Al-Qur’an
14. Khazanah Pengetahuan
15. Tanda-tanda Dalam Al-Qur’an
16. Asmaul Husna Effect
17. Indeks Tematik.
18. Sirah Nabawiyah (suplemen bonus)
19. Atlas Sirah Nabawiyah (suplemen bonus)
20. Analisis Peta (suplemen bonus)
21. Dzikir Al-Ma’surat. (suplemen bonus)
22. DVD metode SYABANA (suplemen bonus)

Keimanan, kesabaran benteng harungi cabaran

Seseorang insan bertakwa perlu terima bahagian rezeki Allah dengan ikhlas
SELEPAS dua bulan kita meraikan Aidilfitri, hari kemenangan ke atas tuntutan nafsu, tidak lama lagi kita menyambut hari kegembiraan dan pengorbanan mengingati Allah, iaitu Aidiladha. Pengajaran terpenting Aidiladha ialah memperingatkan diri kita mengenai pengorbanan, seorang ayah dan anaknya dalam melaksanakan perintah Allah.


Peristiwa Nabi Ibrahim diuji dengan perintah supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail, disebut dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109:
“Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama, dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.” Maka apabila keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tompok tanah (untuk disembelih), ketika itu Kami (Allah) menyerunya: “Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu” – Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim,”.


Friday, September 17, 2010

AL-quran Perkata, Lebih Mudah Memahani Al-Quran

Tafsir Al-Quran Per kata

Penyusun: DR. Ahmad Hatta, MA

.

Sebuah Tafsir al-Quran yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur'an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.





Tafsir Per kata , Terjemah & Asbab Nuzul yang lengkap 30 juz al-Quran dalam satu naskah sahaja


Kulit Tebal : dengan 5 warna pilihan Ungu, Merah, Biru, Hijau, Merah Jambu

Saiz : A4 (21 x 29,7 cm.) , Berat : 1.3 kg , Mukasurat : 616

BONUS : SARUNG AL-QURAN

HARGA : RM80 senaskah

(Termasuk Pos Biasa untuk Semenanjung Malaysia)

untuk tempahan SILA HUBUNGI: HILMAN (0133083826)



Contoh Paparan Tafsir Per kata berserta Asbab Nuzul


Sebuah al-qur’an yang memaparkan terjemahan dan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. dengan tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Tafsiran penuh pula disertakan di bahagian tepinya, dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.

Contoh Paparan Tafsir, Terjemah Per kata & Asbab Nuzul


Adsense One [468 x 60]

Adsense Three [468 x 60]

Popular View

Entri Populer