Sunday, October 18, 2009

EXAM



Salam ukhwah buat semua sahabat-sahabat yang di kasihi sekalian, agak lama blog ini tak di updatekan, entah apa silapnya, nk kata sibuk, tak la juga, buat-buat sibuk tu ada la. Apa-apa pn terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang masih sudi ziarah ke blog ni. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Akhir kepada semua sahabat IPT khasnya UKM(antara versiti terkenal di dunia)..huhu… mohon maaf atas segala kesilapan, mungkin dalam tidak sedar diri ini ada terbuat salah dan silap, cz diri ini hanya lah insan biasa seperti kalian.

Basic kita dengar bila masuk saja bulan RAMADHAN seluruh umat manusia yang beragama islam akan berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin pahala daripada keberkatan bulan tersebut. Mungkin yang kurang membaca al-Quran, akan sentiasa bersama al-Quran, yang jarang solat berjemaah akan sentiasa berjemaah dan banyak lagi amalan-amalan yang dilakukan dalam bulan tersebut semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan daripada Allah S.W.T. pesanan buat diri ini dan sahabat sekalian, pastikan amal ibadah tersebut berteruskan bukan sekadar di bulan RAMADHAN sahaja, dalam erti kata yang lain kita istiqamah dengan amalan yang dilakukan.

Oleh itu, bersempena dengan bulan peperiksaan ini, marilah juga kita sama-sama mendekatkan diri lagi kepada Allah S.W.T. kerana kita sedar bahawa kejayaan itu hanya datang daripada Allah sahaja, kita manusia yang lemah ini hanya mampu berusaha dan yang selebihnya adalah kehendak daripada Allah. Samaada kita mencapai kejayaan atau pun sebaliknya. Mungkin ada sesetengah daripada kita, pasa musim exam ini lah ada yang study siang malam,hafal itu, hafal ini dan banyak lagi situasi yang berlaku dikala Exam ini hampir. Namum begitu kadang-kadang (tidak semua mungkin segelintir) ada yang study sampai lupa kepada Allah S.W.T. study sampai lewat malam subuh entah kemana, al-Quran semakin jarang dibaca, alasan banyak lagi subjek yang belum diulangkaji(peringatan buat diri ini juga). Adakah keadaan ini patut berlaku sahabat sekalian? Sama-sama kita fikirkan…..

Akhir kalam, mari lah sama-sama kita berusaha untuk mencapai kejayaan dalam segala perkara yang dilakukan, dan yang penting sekali kita mesti istiqamah dalam amal ibadat kita. Kerana kita sedar kejayaan adalah hak milik Allah S.W.T. kita sebagai hambaNya mestilah sentiasa berusaha dan bertawakal. Moga-moga dengan usaha dan tawakal kita itu diterima Allah S.W.T.
Sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan firman Allah S.W.T ini:



105. dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".(surah al-Taubah)


No comments:

Adsense One [468 x 60]

Adsense Three [468 x 60]

Popular View

Entri Populer