Saturday, August 22, 2009

Apa pandangan anda?


Kita lakukan yang terbaik, cuba buat yang terbaik, mungkin halangan yang menjadi dugaan dalam melaksanakan yang terbaik itu. Bagi penulis ini hakikat yang berlaku, mungkin pembaca sekalian tak sependapat, tak mengapa, sekadar perkongsian bersama. Setiap orang diberi amanah termasuk penulis, kita cuba sebaik mungkin untuk memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita terlaksana sebagaimana yang telah diamanahkan. Kita faham tanggungjawab kita, apa yang perlu di buat, apa keperluan dan sebagainya, tapi kadang-kadang ada sesetengah golongan yang bagi mereka kita tak faham apa-apa pun tentang tugas yang dilaksanakan. Kalau dulu ,mereka hebat, bijak dalam pelaksanaan, semua perkara yang dibuat sampai pada matlamatnya mungkin tidak ada yang salah pada pandangannya, dan inginkan orang yang selepasnya juga sepertinya. Kita tahu dan faham tentang apa yang kita buat tapi mungkin halangan yang menjadi pengghalangnya, kita cuba mendekati golongan yang hebat ini tapi apa yang kita dapat? Kalau orang yang faham dia akan cuba sedaya upaya menolong kita bukan sekadar melepas tangan sahaja, dan kalau mereka yang tidak mahu memahami kita, mungkin kita yang akan di persalahkan sekiranya apa yang diamanahkan gagal dilaksanakan dengan baik. Kita juga mengharapkan orang disekeliling kita untuk membantu, kerana kadang-kadang ada diantara mereka ini lebih berpengalaman, namun apa yang kita dapat, mungkin ada yang positif dan tidak di nafikan ada juga yang negetif.

No comments:

Adsense One [468 x 60]

Adsense Three [468 x 60]

Popular View

Entri Populer