Monday, February 22, 2010

Ku Li: Iklan isu royalti kelirukan, cetus implikasi baru

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.

“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).

“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.

Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.

Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa pembayaran wang tunai lima peratus adalah........

sambungan....

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25121:ku-li-iklan-isu-royalti-kelirukan-cetus-implikasi-baru&catid=1:utama&Itemid=50

Friday, February 19, 2010

Bacaan Selawat keatas Nabi S.A.W..





Keajaiban Dunia Kelahiran Rasulullah S.A.W.


Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama 1000 tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : “Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? “

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Oleh Anisah Bahyah Hj. Ahmad

Tuesday, February 16, 2010

Isu "MAULIDUL RASUL" Mainan Politik Agama...


'ISLAM TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN POLITIK, TETAPI JANGAN MEMPERGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMATA-MATA'

Selepas gagal dalam misi mereka untuk memecah-belahkan Kelantan, UMNO kini bertukar strategi menyerang negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Gimik terbaru mereka ialah menuduh kerajaan Pulau Pinang memansuhkan perarakan Maulidur Rasul dengan hanya merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh Utusan Meloya. Berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri dan pakar tidur negara, Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang tetiba bangun daripada tidur untuk turut sama-sama membidas kononnya tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membatalkan perarakan Maulidur Rasul atas nama agama dan menjaga keharmonian kaum.

Memandangkan isu agama merupakan isu yang sensitif sebagaimana isu nama kalimah ALLAH, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengambil peluang untuk menajamkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Guan Eng dengan memaparkan salah satu surat yang diedarkan, membawa kepala surat kerajan negeri, menyebut kerajaan negeri telah memutuskan untuk membatalkan perarakan tersebut.

Akan tetapi, perkara itu dijawab dengan rapi oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim yang berkata surat-surat berkenaan hanyalah opsyen untuk mengubah format sambutan selama tiga mulai 25 Feb ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak pernah berhasrat untuk membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini sambil menegaskan, surat yang disebarkan menerusi internet hanya opsyen yang dikemukakan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan; Lim Guan Eng turut menjemput Tan Sri Muhyddin Yassin dan Tun Abdullah untuk turut serta mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari Maulidur Rasul akhir bulan ini. Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan dalam menasihatkan Timbalan Perdana Menteri supaya tidak mempercayai sepenuhnya maklumat-maklumat Utusan Malaysia - “Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu. Jangan mempolitikkan isu ini. Timbalan perdana menteri tidak harus bergantung pada maklumat-maklumat Utusan Malaysia yang tidak disahkan. Laporan bahawa kami hendak membatalkan perarakan ini adalah satu pembohongan.”

Dalam serangan bertubi-tubi UMNO dalam isu Maulidur Rasul terhadap kerajaan Pulau Pinang, PAS sebagai rakan karib DAP di dalam Pakatan Rakyat turut menyumbang strategi dalam membela DAP dan membongkar kepalsuan niat UMNO dalam menjaga agama Islam. PAS menyedari tindakan UMNO menyerang DAP dalam soal agama Islam hanyalah bertujuan bermain politik semata-mata untuk meningkatkan tahap kebencian orang Melayu terhadap DAP yang sering dilabelkan mereka sebagai parti komunis Cina.

Pembelaan pertama PAS datang daripada Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar yang dipetik berkata, “Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh.” Beliau turut berkata pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah “dijadikan modal politik murahan” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim. “Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Sokongan kedua PAS datangnya dari Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman turut serta membela Guan Eng dalam isu Maulidur Rasul dengan menyatakan bahawa UMNO cetek pengetahuan agamanya apabila hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan sejarah Maulidur Rasul itu sendiri. Beliau menambah bahawa Nabi sendiri tidak pernah menuntut umatnya membuat perarakan. “Tidak tahulah saya takut-takut Umno sengaja hendak mempolitikkan perkara itu setelah mendapati Lim cuba membatalkan upacara yang dianggap telah menjadi amalan tradisi di kalangan sesetengah masyarakat Islam,” katanya.

Demi membongkar kepalsuan UMNO dalam soal menjaga nama Islam, kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz, Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah, mengisytiharkan perarakan Maulidur Rasul tahun ini tidak ada tahun ini, sebaliknya kerajaan negeri adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV dan disusuli dengan sembahyang khas pada 25 Feb. “Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah, “Perarakan itu bukan satu kemestian. Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi. Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad.”

Selain dapat mematahkan serangan bertubi-tubi UMNO terhadap kerajaan Pulau Pinang, tindakan kerajaan Kelantan ini secara terang-terangan ingin membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO langsung tiada niat untuk membela agama Islam – segala-gala rintihan dan polemik atas isu perarakan Maulidur Rasul hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk mengkucar-kacirkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Semangat kekitaan dan persahabatan tulen Pakatan Rakyat yang dipamerkan PAS dalam hal membela DAP daripada serangan politik murahan UMNO dalam isu perarakan Maulidur Rasul amatlah dikagumi and sepatutnya dihayati bersama oleh semua para penyandang jawatan politik Pakatan Rakyat.

Inilah semangat tulen konsep Pakatan Rakyat yang harus ada pada setiap parti komponen Pakatan dalam misinya mengembalikan konsep ketuanan rakyat kepada Malaysia dengan menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 nanti. Jika PAS, DAP dan PKR dapat menghayati dan mempraktikkan semangat tulen konsep Pakatan Rakyat ini sepanjang waktu, yakinlah bahawa inilah formula yang akan membawa Pakatan Rakyat melangkah jauh ke dalam kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

dipetik dari : harakahdaily.net

Media tajaan UMNO

Media-media massa yang ditaja oleh kerajaan Umno hari ni, telah banyak memutar belitkan pelbagai isu, apa punca tindakan mereka ini?takut pada UMNO?... disini dilampirkan fakta kemajuan P.Pinang dan usaha PR dalam mempertahankan Kedaulatan Melayu P.Pinang... tetapi hari ini, kita yakin dan percaya rakyat sudah pandai menilai, jangan dihiraukan lagi media UMNO ini, jika kita benar-benar nk menegakkan Demokrasi, jangan takut untuk bersuara dan suara yang dilontarkan itu mestilah bertepatan dengan fakta, jangan sesekali menutar belitkan isu, ingat!!! kami rakyat bukan untuk dipermain-mainkan, kepada golongan pemuda pemudi mari sama-sama kita hayati kata-kata Syeikh Fathi yakan "Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar".Sehingga akhir hayatnya, beliau tetap berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah agen perubahan kepada Daulah Islamiyah.

Tuesday, February 9, 2010

Jenayah Siber


Kepada pengguna CIMBCLICKS !!!

Jika anda menerima email bertajuk CIMB BANK BERHAD has given you an E-Gift Voucher

sila delete & JANGAN buka link yang ada dlm email tersebut kerana jika anda memasukkan username & password melalui login CIMBClicks yang palsu tersebut, almarhum lah duit anda..

email penipuan ini dihantar melalui alamat email E-Giftvoucher@.com.my



Mengingati Allah S.W.T


firman Allah S.W.T:

”Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.”

( al-Ahzab 35 )

Dari Rasulullah S.A.W ,

“Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.”

( H.R Muslim)


kita manusia biasa, tidak boleh lari daripada melakukan dosa, "setiap anak adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan adalah dengan bertaubat nasuha". oleh itu, ayuh kita semua sentiasa berdoa agar diri kita dihindari daripada melakukan perbuatan yang sia-sia, dan marilah sama-sama kita mengingati Allah S.W.T. hanya mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang.

Demokrasi ukm



Sebentar tadi jenazah DEMOKRASI ukm dibawa berarak sebagai tanda protes daripada pihak Pro-Mahasiswa, bagi menuntut keadilan dalam pilihan raya kampus yang lepas. Tindakan ini dilakukan adalah untuk memberi signal kepada mereka yang telah membunuh DEMOKRASI KAMPUS khususnya UKM, disebabkan protes yang dilakukan ini, pihak universiti telah mengeluarkan surat untuk mengadakan dialog terbuka untuk menerangkan secara teperinci berkaitan dengan pilihan raya kampus yang lepas. Pihak Pro-Mahasiswa ukm berharap surat yang dikeluarkan ini bukannya mainan politik kampus semata-mata untuk menutup suara MAHASISWA, dan akan terus memastikan DEMOKRASI kampus tidak terkubur begitu sahaja.

Monday, February 8, 2010

HARAPAN BARU MAHASISWA








Mahasiswa diperlakukan seperti penjenayah, mereka berdemostrasi bukan nk lawan kerajaan, bukan nk ambil alih negara, tapi untuk mempertahankan hak mereka selaku MAHASISWA. ada sesetengah daripada kita yang menyatakan tindakan MAHASISWA ini kerja bodoh sahaja, lebih baik korang buat asgment ke...p labry ke...stady ke...itu lebih ada faedah. saya nk tanya kepada mereka-mereka yang mengeluarkan kenyataan td, bila hak kamu dinafikan, adakah kamu akan berdiam diri sahaja?????ni pentas mereka...PESTAS MAHASISWA...mereka tahu apa yang mereka lakukan, ada sesetengah golongan intelektual menyatakan "kenapa buat rusuhan, kan elok kalu kita berbincang dengan cara yang baik, duduk satu meja berdialog,tidak kan selesai masalah ini"...mereka bukan taknak duduk satu meja, bukan taknak berbincang bahkan berdialog sekali pun bukannya mereka tolak, tapi sudah banyak surat yang mereka hantar, memorandum yang diserahkan, jemputan untuk berdialog, tetapi apa yang dapat??? pihak yang bertanggungjawab hanya membisu. wahai sahabat perjuangan sekalian, teruskan usaha untuk memastikan keadilan ini memihak kepada kebenaran...

Adsense One [468 x 60]

Adsense Three [468 x 60]

Popular View

Entri Populer