Monday, February 16, 2009

Konsert Dimensi Kesenian Islam


1 program anjuran ISIUKM dgn kerjasama NasyidFM Entertainment dan Aman Palestin Berhad akan menganjurkan sebuah Konsert Amal Malam Inspirasi Seni Islam maklumat mengenai konsert adalah seperti berikut :

Lokasi : DECTAR UKM
Hari : Sabtu
Tarikh : 21 March 2009 / 24 Rabiul Awal 1430Hijrah
Masa : 8.00 Malam
Tiket : RM 6
Artis : Nice, Devotees, Far East, Inteam
Slogan : Keamanan Sejagat

Untuk pertanyaan lanjut dan untuk tempahan tiket anda boleh menghubungi :

Fikhry : ( 019 367 1003 )
Fauzana : ( 019 366 1089 )

Sunday, February 15, 2009

KESEDIHAN....

"sedih" merupakan suatu perkara yang menjadi fitrah dalam diri setiap manusia, mereka boleh menafikan kesedihan yang mereka hadapi, tetapi mereka tidak mempu untuk menipu diri mereka. Rasulullah SAW juga pernah mengalami hal yang serupa. Dimana pada tahun kesepuluh di jalan dakwah dia diuji dengan wafatnya dua orang yang dicintainya yaitu isterinya Khadijah bin Khuwalid yang senantiasa memberi sokongan kepada Rasulullah SAW seterusnya memberi semangat kepada Rasulullah untuk terus menyebarkan islam.

Ujian terhadap Nabi Muhammad SAW tidak berhenti disitu saja, pada tahun yang sama bapa saudara Baginda, Abu Thalib juga meninggalkannya. kerana Abu Thalib telah banyak membantu Baginda dalam menyampaikan seruan Illahi. Nabi Muhammad SAW memang memiliki sifat kesedihan dengan manusia lainnya, tetapi kesedihan Rasulullah SAW ini tidak berlarut-larut seperti yang terjadi pada manusia saat ini ketika ditinggalkan oleh orang yang dicintai atau disaingi seolah-olah tidak memiliki ruh kehidupan.

Adsense One [468 x 60]

Adsense Three [468 x 60]

Popular View

Entri Populer