Friday, October 23, 2009

Jadikan Firefox 3.5.3 komputer anda selaju Safari 4.0.3


Reduce the amount of RAM Firefox uses for its cache feature

1. Type “about:config” (no quotes) in the adress bar in the browser.
2. Find “browser.sessionhistory.max_total_viewer
3. Set it’s value to “0“;(Zero)

Increase the Speed at Which Firefox loads pages

1. Type “about:config” into the address bar and hit Enter.
(Normally the browser will make one request to a web page at a time. When you enable pipelining it will make several at once, which really speeds up page loading.)

2. Alter the entries as follows:

Set “network.http.pipelining” to “true
Set “network.http.proxy.pipelining” to “true
Set “network.http.pipelining.maxrequests” to some number like 10.

This means it will make 10 requests at once.

3. Lastly, right-click anywhere and select New-> Integer. Name it “nglayout.initialpaint.delay” and set its value to “0“;.(Zero)

This value is the amount of time the browser waits before it acts on information it receives. If you’re using a broadband connection you’ll load pages faster now.
Optionally (for even faster web browsing) here are some more options for your about:config(you might have to create some of these entries by Right Click –> New– > Interger or String

network.dns.disableIPv6: set “false”
content.notify.backoffcount”: set “5“; (Five)
plugin.expose_full_path”: set “true”.
ui.submenuDelay”: set “0; (zero)

Reduce RAM usage to 10MB when Firefox is minimized:

This little hack will drop Firefox’s RAM usage down to 10 Mb when minimized:

1. Open Firefox and go to the Address Bar. Type in about:config and then press Enter.
2. Right Click in the page and select New -> Boolean.
3. In the box that pops up enter “config.trim_on_minimize”. Press Enter.
4. Now select True and then press Enter.
5. Restart Firefox.

I get this info from my brother. so, let's have fun with firefox........salam ukhwah <br><br><br><br>span> 


REHLAH.......


hikmat catuan tenaga.....letih la......hauhauhaoo
koya jh lebih......


ramai la...duk belakang kamera malu nk pukul gambar....hauhauhaua




penat lepas joging....hoahahoa


aksi terlampau 2 sahabat...hhuhuhu

joging tu okey doh tp.......pas joging makan plok.....
jgn tiru gaya hidup sihat kami....huhuhua
yang penting ikatan ukhwah kita ng sabahat2 mesti dieratkan
walau dgn apa sekalipn.....

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah… ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala...


Sunday, October 18, 2009

EXAM



Salam ukhwah buat semua sahabat-sahabat yang di kasihi sekalian, agak lama blog ini tak di updatekan, entah apa silapnya, nk kata sibuk, tak la juga, buat-buat sibuk tu ada la. Apa-apa pn terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang masih sudi ziarah ke blog ni. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Akhir kepada semua sahabat IPT khasnya UKM(antara versiti terkenal di dunia)..huhu… mohon maaf atas segala kesilapan, mungkin dalam tidak sedar diri ini ada terbuat salah dan silap, cz diri ini hanya lah insan biasa seperti kalian.

Basic kita dengar bila masuk saja bulan RAMADHAN seluruh umat manusia yang beragama islam akan berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin pahala daripada keberkatan bulan tersebut. Mungkin yang kurang membaca al-Quran, akan sentiasa bersama al-Quran, yang jarang solat berjemaah akan sentiasa berjemaah dan banyak lagi amalan-amalan yang dilakukan dalam bulan tersebut semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan daripada Allah S.W.T. pesanan buat diri ini dan sahabat sekalian, pastikan amal ibadah tersebut berteruskan bukan sekadar di bulan RAMADHAN sahaja, dalam erti kata yang lain kita istiqamah dengan amalan yang dilakukan.

Oleh itu, bersempena dengan bulan peperiksaan ini, marilah juga kita sama-sama mendekatkan diri lagi kepada Allah S.W.T. kerana kita sedar bahawa kejayaan itu hanya datang daripada Allah sahaja, kita manusia yang lemah ini hanya mampu berusaha dan yang selebihnya adalah kehendak daripada Allah. Samaada kita mencapai kejayaan atau pun sebaliknya. Mungkin ada sesetengah daripada kita, pasa musim exam ini lah ada yang study siang malam,hafal itu, hafal ini dan banyak lagi situasi yang berlaku dikala Exam ini hampir. Namum begitu kadang-kadang (tidak semua mungkin segelintir) ada yang study sampai lupa kepada Allah S.W.T. study sampai lewat malam subuh entah kemana, al-Quran semakin jarang dibaca, alasan banyak lagi subjek yang belum diulangkaji(peringatan buat diri ini juga). Adakah keadaan ini patut berlaku sahabat sekalian? Sama-sama kita fikirkan…..

Akhir kalam, mari lah sama-sama kita berusaha untuk mencapai kejayaan dalam segala perkara yang dilakukan, dan yang penting sekali kita mesti istiqamah dalam amal ibadat kita. Kerana kita sedar kejayaan adalah hak milik Allah S.W.T. kita sebagai hambaNya mestilah sentiasa berusaha dan bertawakal. Moga-moga dengan usaha dan tawakal kita itu diterima Allah S.W.T.
Sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan firman Allah S.W.T ini:



105. dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".(surah al-Taubah)


Wednesday, September 16, 2009

selamat meyambut Hari Raya Aidilfitri


Salam ramadhan, salam syawal, salam ukhwah….khas buat sahabat yang sudi ziarah ke blog yang tak seberapa ini….seterusnya kepada seluruh muslimin dan muslimat…. “RAMADHAN DATANGMU DINANTI PERGIMU DITANGISI”. Sahabat-sahabat mari lah sama-sama kita muhasabah diri sejauh mana amalan kita pada bulan ramadhan tahun ini????dengan berbakikan beberapa hari lagi di bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita menggunakannya sebaik yang mungkin. Sekiranya ditemukan kita dengan LAAILATUL QADAR amat beruntung lah tp jika sebaliknya kita mesti tetap memohon keampunan daripada Allah S.W.T…kerana pintu rahmat dan keampunan Allah itu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang ingin bertaubat….akhir sekali, selamat menyambut hari raya Aidilfitri…saya memohon maaf jika ada tersilap kata, tersalah bicara, terlebih madah…kerana saya juga insan biasa seperti anda….Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Monday, August 31, 2009

IFTAR PERDANA AL-FALAH

Tarikh : 28 Ramadhan 1430H / 18 September 2009
Tempat : Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan.

Bayaran penyertaan :
1) RM40 - ahli yang sudah bekerjaya
2) RM20 - ahli yang masih belajar di kolej/universiti


Sila hubungi wakil generasi untuk pengesahan penyertaan :

SPM1989 - Hasif (0129889797)
SPM1991 - Irwan (0176133416)
SPM1995 - Syarbaini (0132168134)
SPM1997 - Naim (0129512025)
SPM1998 - Firdaus/Mat (0139588977)
SPM1999 - Mahadi (0199669499) , Pidaq (0199852382)
SPM2000 - Naqiudin (0126130651)
SPM2001 - Jazli (0199166405)
SPM2002 - Muizudin (0139341806)


Untuk makluman lanjut, sila hubungi Sdr. Zuhaili - 0148403656 (Pengarah Program), atau emel kepada alumni.smkafalahiah@gmail.com. Syukran

Saturday, August 22, 2009

Apa pandangan anda?


Kita lakukan yang terbaik, cuba buat yang terbaik, mungkin halangan yang menjadi dugaan dalam melaksanakan yang terbaik itu. Bagi penulis ini hakikat yang berlaku, mungkin pembaca sekalian tak sependapat, tak mengapa, sekadar perkongsian bersama. Setiap orang diberi amanah termasuk penulis, kita cuba sebaik mungkin untuk memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita terlaksana sebagaimana yang telah diamanahkan. Kita faham tanggungjawab kita, apa yang perlu di buat, apa keperluan dan sebagainya, tapi kadang-kadang ada sesetengah golongan yang bagi mereka kita tak faham apa-apa pun tentang tugas yang dilaksanakan. Kalau dulu ,mereka hebat, bijak dalam pelaksanaan, semua perkara yang dibuat sampai pada matlamatnya mungkin tidak ada yang salah pada pandangannya, dan inginkan orang yang selepasnya juga sepertinya. Kita tahu dan faham tentang apa yang kita buat tapi mungkin halangan yang menjadi pengghalangnya, kita cuba mendekati golongan yang hebat ini tapi apa yang kita dapat? Kalau orang yang faham dia akan cuba sedaya upaya menolong kita bukan sekadar melepas tangan sahaja, dan kalau mereka yang tidak mahu memahami kita, mungkin kita yang akan di persalahkan sekiranya apa yang diamanahkan gagal dilaksanakan dengan baik. Kita juga mengharapkan orang disekeliling kita untuk membantu, kerana kadang-kadang ada diantara mereka ini lebih berpengalaman, namun apa yang kita dapat, mungkin ada yang positif dan tidak di nafikan ada juga yang negetif.

Adsense One [468 x 60]

Adsense Three [468 x 60]

Popular View

Entri Populer